
Perkongsian rasa yang terlalu mengharap hadirnya zuriat pengikat kasih sayang rumahtangga kami di samping mengisi ruang kesunyian dan jika ditakdirkan Allah anak itu hadir sebagai penyeri hidup kami, semoga beliau tahu bahawa ummi dan walid teruja memilikinya. Akan kami didik dengan penuh rasa kasih sayang dan berlandaskan agama. Andai tidak diberi kesempatan, smga Allah menjadikan kami redha dan tidak berputus asa berusaha...
Tuesday, 18 March 2014
Wednesday, 19 February 2014
Trimester 1- 8w :)
Biarlah apa orang kata...tapi hanya aku yang menanggung. Kehamilan kosong 2012 memang benar-benar menghantui aku pada kehamilan kali ini. Menunggu kemunculan heartbeat dan pembentukan janin adalah saat yang benar-benar aku tunggu dengan penuh rasa gelisah. Namun aku amat yakin dan terus berdoa memohon kepadaNya. Alhamdulillah....selepas scan pada ahad lepas(16/2/2014) terdengar bunyi lembut jantung berdetak...memang mengujakan. Sujud syukur padaMu ya Allah. xsabar untuk scan 2 minggu lagi....perkembangan seterusnya kunantikan :) Anak umi dan walid kuat...teruskan perjuanganmu sayang untuk membesar dengan sempurna sementara umi tidak akan putus berdoa..kerana segala adalah dengan izinNya :)
Wednesday, 29 January 2014
Memorable and priceless thursday :)
Alhamdulillah…30.1.2014,kali
kedua UPT positive. Bermacam
perasaan,tidak dapat digambarkan. Kegembiraan ,kerisauan bercampur menjadi
satu. Pengalaman lalu menjadikan umi terlalu takut sayang … takut akan
kehilangan kali kedua. Umi xsanggup untuk kehilangan lagi…kesedihan walid
walaupun walid tidak menggambarkan.
Kesukaran
mendapatkanmu sayang..membuatkan umi begitu menghargai kehadiranmu dan kerana
lambat hadirmu membuatkan umi makin dekat pada Pencipta kita . Sepanjang
ramadhan lalu umi tidak pernah ketinggalan untuk bersolat hajat dan tarawikh
memohon dihadirkan dirimu dalam rahim umi, sehingga ke hari ini umi sentiasa
solat dhuha,hajat dan tahajud memohon diberi anugerah terindah pengikat kasih
sayang antara umi dan walid…menjadi penyelamat kami di akhirat sana, anak yang
soleh dan solehah.
Lima tahun
menunggumu sayang….terlalu banyak kata cacian yang terpaksa umi hadap. Tapi umi
yakin satu hari nanti..ALLAH akan hadirkan pelangi indah dalam hidup umi dan
walid. Umi bersyukur sangat dengan kehadiranmu sayang.
9 bulan
perjalananmu di dalam rahim umi bukanlah masa yang singkat sayang…banyak
kemungkinan yang akan berlaku…Hanya padaNya umi minta
perlindungan..memeliharamu dengan baik di dalam rahim umi. Lagi 7 bulan perjalanan,semoga
anakanda selamat dilahirkan.
Anak Umi
dan Walid…..jadi anak yang baik tau, membesar dalam rahim umi dengan
sempurna.Umi dan Walid xsbar menanti kehadiran kalian J
Terima kasih
kepada walid sentiasa sabar layan karenah umi….setia dan sayang umi walaupun
lambat lahirkan zuriat untuk walid…umi tau walid terlalu mengharapkan kalian
tapi walid sentiasa yakinkan umi minta umi sentiasa berdoa supaya ada rezeki
kami…kadang-kadang umi rasa rendah diri dan paksa walid tinggalkan umi dan
kahwin lagi tapi walid tetap dengan pendiriannya….akan terus menunggu kalian
dan akan sentiasa bersama umi. (semoga kalian juga mempunyai keperibadian
seperti walid) Sayang abang@walid J. Terima kasih juga pada Nenda
kalian yang sentiasa berusaha untuk dapatkan kalian walaupun kadang2 umi jadi
kurang ajar sebab umi xsanggup dengar kekurangan umi….Jangan tiru perangai
buruk umi ya sayang. Salam sayang……seronok
tengok walid hari ni senyum je,semoga keceriaan walid tu berpanjangan dengan
kehadiran kalian :
Sunday, 26 January 2014
Wednesday, 15 January 2014
JIWANG CKIT :)
BUAT SUAMIKU
Angin malam...
sampaikan salam rinduku ini pada zaujku...
lenanya sentiasa bersamaku
Abang..
terima kasih , terima kasih
dan terima kasih
dengan kasih sayang yang tidak pernah terhijab
tidak pernah berbahagi
walau bermacam karenah saya lontarkan
dengan rasa sabar abang biarkan
tidak pernah sekalipun abang memudarkan
kasih sayang itu
Abang...
terima kasih sudi menjadi imam saya
menjadi pendengar setia
menjadi penglipurlara
dalam meniti kehidupan yang singkat
dalam dunia yang makin tua ini..
Semoga abang juga menjadi peneman saya di alam sana..
Abang...
maafkan saya kerana masih gagal untuk menjadi pendamping setia
tuntutan tanggungjawab meneruskan kelangsungan hidup
semoga satu hari nanti ada rezeki untuk kita
melayari rumahtangga yang bermakna
sentiasa di sisi abang menguruskan
segala tanggungjawab yang selayaknya
di pegang oleh seorang isteri...
Abang..
maafkan saya masih lagi gagal
menjadi ibu untuk anak2 abang
hmmm...betul ke saya merelakan andai abang ada pilihan?
sebaris kata yang sentiasa saya suarakan di saat saya rasa
kekurangan diri....."abang kawen lagi"
dan saya tahu prinsip abang..
"cukup satu cinta andai tidak dikhianati"
apa lagi yang saya inginkan...
Abang....
Dia yang sentiasa mengajarku erti nikmat
bersyukur dengan banyak yang dimiliki
jangan menangisi dan memandang satu kekurangan
ajari aku tentang pengharapan kepadaNYA
berdoa tanpa jemu..
belajar erti redha
Abang...
pernah saya suarakan
andai kita memang ditakdirkan tidak mampu
ada zuriat dan keturunan
siapa yang akan menjaga kita di usia tua
mendoakan kesejahteraan kita di alam sana
berbuat baik untuk kita
siapa?
tenangnya tutur abang...
andai itu takdirnya
kita redha...hidup berdua
berbuat baik dan bersedekah
isteri abang seorang guru
punyai beribu murid
dan mungkin ada di antara mereka
yang sentiasa mendoakan kita..
Abang...
semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati
dan kasih sayang kita bertaut utuh
BARAKALLAH..
dan selagi jasad di kandung badan
isterimu ini akan sentiasa berdoa
semoga kasih sayang kita
hingga ke syurga...
LOVE YOU...
Tuesday, 10 December 2013
Kenapa la aku ni?mudah sentap. Kenyataan abg aku tu mmg bnar2 xleh aku terima. Aku tau la umur aku dh 3 series. And ada risiko kalau mngandung tp smua tu kerja Allah..mentang la bini ko muda bepia n senang dpt anak...nk bercakap tu jgn la ikut sedap mulut je. Salah ke kalau aku xde anak...tuhan xnnak bg lagi. Jangan risau ler..aku xkan susahkn ko n anak2 ko pun bila aku tua nanti..aku hidup je la ngn laki aku...klau laki aku p dlu,aku merempat la mana2 rumah org tua. Hati tgh marah.
Sunday, 8 September 2013
Agaknya bagaimana la ovarian cyst ni...dh 2 bulan xtau pkmbangan slepas kcewa dgn rwtn yg dterima dr Usains...sekadar kaunseling ttg waktu subur n kitar period.. hallo dok..klau stakat nk crita pasal tu smua mklumat tu dh ada dlm kpala..ty cik google lg bgus..xperlu aku nk bhabis duit bratus tanpa future check up.sakit ati bila ty..dok cyst sy apa yg sy perlu buat..bleh dia ckp its normal lg..xperlu buat apa.bleh je hy buat andaian yg aku xde endometriosis tanpa ada check up. Mlalui pbacaan aku..bukan ke endo kna kesan mlalui tvs n hsg utk tgk tiub sumbat o x...huhu..punya malas dr ni...siap advice aku nape xguna gov...rugi xguna pluang yg ada..wei dok..terpulang la aku mmpu byr la...bukan xnk gi gov..gov byk prosedur la..sdgkn aku xpunya byk masa lapang.huhu.harap allah mpermudahkn urusan ku...skrg ni aku cuma kawal mkn dan ambik suplement serta makanan sunnah..harap2 cyct tu hilang dgn sendri..
Subscribe to:
Posts (Atom)