Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 29 December 2012

percutian penutup 2012....sambil honeymoon. smga ada rezeki kami selepas on sunophene. berdebar2 menunggu :)

Saturday 22 December 2012

Kisah kenduri 4

hmm..apa yg aku agak terjadi memang telah terjadi. Kenapalah masih ada manusia yang tak faham dengan rezeki Allah. memandai je wat kesimpulan sendiri...xnak anak la,rugi a,anak jiran sebaya dia(aku la tu) dh ada anak 2. kesudahannya,aku selesa berkurung di bilik :(

Monday 17 December 2012

sedih

Hmmm..rasa mcm give up je....mcm x menjadi je percubaan pertama. Kes susulan rawatan bersama pakar OBGIN, ari tu dr ada bagi provera,n lepas hbis bru period dan disusuli dengan ubat subur tp perkara sebaliknya yang terjadi....nmpknya misi pertama akan gagal. sedih sangat.. orang lain yang kawin sama aku dah ada dua anak,yg bru kawin pun trus lekat, kenapalah nasib aku begini? k bye,xde mood.

Friday 14 December 2012

kisah kenduri 3

dua tiga hari ni,kenapalah aku terlebih sensitif?apakah ini sifat semulajadi bg seorang TTCians. Bila orang asyik membicarakan pasal anak..hati ini mudah sangat tersentuh. Apatah lagi kata2 itu daripada mulut seorang ibu..mungkin niat dia hanya ingin menyampaikan....tp klaus itu sangat menusuk kalbu. Bila orang tanya pasal aku,mesti dia cakap...aku xde anak.manjakan anak2 sedara je. aku terasa sangat,seolah2 seorang ibu mendoakan sangat supaya aku tidak ada anak. padahal aku tahu itu bukan maksudnya. ada plak kata-kata kawan emak yang dibelakang,yang blabla \
tapi aku malas nk ambik pusing. terus meninggalkan kelompok diorang. kesudahannya hanya air mata sebagai peneman.k lh xde mood.bye...







Thursday 13 December 2012

kisah kenduri 2

hahha....tgk,main warna2 mcm budak kecik,he..layan la. sbenarnya mata berjuraian sbenarnya, peristiwa tghari td masih terkesan di hati,apatah lg berkurung sorang2 di bilik. banyak dh air mata aku bazirkan..agak2nya dah dapat dah tunaikan permintaan puteri lagenda tu(tiba2 lupa plak apa nama),1 baldi air mata..haha. ni kisah kenduri td juga....aku memang slalu bawa anak buah aku yang dok ngn mak aku...bosan,nmpak je aku bersiap mesti ty cikya nk gi mana tu?kalo xbawak mesti nangis. xsuka sgt dengan cara mak aku ni..perlu ke nk bgtau kepada smua orang...tu bukan anak aku dan aku xde anak. tp aku diam je...malas nk panjang cite tapi akibatnya aku merana... Ya Allah,bantulah aku.

 

kenduri 1

entah mengapa.....aku dikelilingi orang2 yang tidak memahami perasaan kami yang gagal memperolehi zuriat. salah kamikah? bukan kami yang meminta utk tidak pregnant dan merasai kegembiraan manis menjadi seorang ibu dan semua tu bukan kerja kami, Allah yang bijak mengatur perancangan kerana Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik utk setiap hamba Nya. Aku terkesan dengan kata-kata ibuku kepada sepupunya tadi. tghari td,emak mgajak ku menemanina makan kenduri,dalam bersembang,bertanya khabar,masing2 bercerita bertanya khabar. sepupu mak aku tu cakap la pasal anak angkat dia yang xde anak. mak aku pulak boleh bantai berseloroh, ha..sama mcm ko la tu,xde anak. aku yang berada di sebelah,yang sejak td diam trus bersuara. xbaik mak cakap mcm tu. dia kata biasa berseloroh sejak kecil lg. aku pun trus diam malas nk bertekak kt umah orang. dalam kereta mak cerita lg pasal sepupu tu..aku pn ckpla,bergurau pun kita kena tau perasaan org juga. mak diam,aku pun diam..malas nak panjang2. susahnya nak memahamkan orang tua ini bhawa kesuburan itu tidak ada kaitan dengan keturunan. Sepatutnya doalah yang baik2 utk orang2 seperti kami ini.

Tuesday 11 December 2012

Situasi yang tak ingin aku hadapi

22.12.12,..majlis menyambut adik ipar kt rumah keluargaku. Sungguh aku ingin mengelak utk hadir ke majlis2 seperti ini...tp nk elak camne kan,majlis keluarga kan..xkan aku xnk balik...lagipun aku tengah bercuti,tiada alasan..bestnya kalo aku p mana2 outstation kan?aku mau lari....xmo dengar pertanyaan dan kata-kata kurang menyenangkan..maklumla time ni kan ramai sanak saudara dan jiran tetangga yg datang berkumpul. pernah ada nenek tua dtg bertandang ke rumah aku, masa tu my SIL pantang anak kedua(SIL aku ni lbih muda drpdaku 8 tahun)..abg aku tu kawin sama tarikh dengan aku...dia ty  mak aku bb tu anak sapa dn tuding kt aku ckp aku mandul...xsayang mulut punya manusia.....xpelh dh nsib aku. Semua tu urusan Allah..aku percaya dan yakin akan ada rezeki kami suatu hari nanti, Allah maha mendengar. Mr H plak bila aku cerita tentang perkara tu bleh plak dia bantai gelak je..xsupportive langsung..bleh dia cakap buat tak tau je. hmm, kadang2 aku terfikir nk je berpisah ngn Mr H tu supaya dia diberi ruang untuk memiliki cahaya mata sendiri...tu time aku stress la. time aku waras,aku takut sbenarnya andai itu terjadi...orang lain ramai lagi yg diuji,sepatutnya aku bersyukur terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, mempunyai kerja yang bagus,cukup utk sara hidup aku,malah dapat membantu keluarga lagi, mempunyai suami  yang menyayangiku...cuma aku diuji lambat mempunyai zuriat(harapan untukku sentiasa ada)

Sunday 9 December 2012

Jom amalkan ~

copied from fb.
Sementara menemani en.somi layan bola msia-thai,xtau nk watpe...aku n kongsikan ngn uols Sunat Dhuha.. Alhamdulillah,sepnjang cuti sekolah ni kerap jg aku buat..smga Allah memudahkan rezeki kita semua. Selepasmemberi salam..berdoalh dengan doa ini.. "Ya Allah,bahawasanya waktu dhuha itu,waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu,dan pelindung itu,perlindunganMu. Ya Allah,jika rezekiku masih di langit,turunkanlah dan jika ada dalam perut bumu,keluarkanlah,jika sukar permudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah. dengan berkat waktu dhuha,keagungan,keindahan,kekuatan dan kekuasaanMu,limpahkan kepada kami segala  yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saturday 1 December 2012

Ceria kembali...

alhamdulillah...rajuk dh berkurangan..rupanya terkecil hati dengan kata-kata aku,kadang-kadang kita bercakap ni jarang fikir perasaan orang. semoga aku lebih berhati-hati dalam mengutarakan sesuatu...