Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 29 December 2012

percutian penutup 2012....sambil honeymoon. smga ada rezeki kami selepas on sunophene. berdebar2 menunggu :)

Saturday 22 December 2012

Kisah kenduri 4

hmm..apa yg aku agak terjadi memang telah terjadi. Kenapalah masih ada manusia yang tak faham dengan rezeki Allah. memandai je wat kesimpulan sendiri...xnak anak la,rugi a,anak jiran sebaya dia(aku la tu) dh ada anak 2. kesudahannya,aku selesa berkurung di bilik :(

Monday 17 December 2012

sedih

Hmmm..rasa mcm give up je....mcm x menjadi je percubaan pertama. Kes susulan rawatan bersama pakar OBGIN, ari tu dr ada bagi provera,n lepas hbis bru period dan disusuli dengan ubat subur tp perkara sebaliknya yang terjadi....nmpknya misi pertama akan gagal. sedih sangat.. orang lain yang kawin sama aku dah ada dua anak,yg bru kawin pun trus lekat, kenapalah nasib aku begini? k bye,xde mood.

Friday 14 December 2012

kisah kenduri 3

dua tiga hari ni,kenapalah aku terlebih sensitif?apakah ini sifat semulajadi bg seorang TTCians. Bila orang asyik membicarakan pasal anak..hati ini mudah sangat tersentuh. Apatah lagi kata2 itu daripada mulut seorang ibu..mungkin niat dia hanya ingin menyampaikan....tp klaus itu sangat menusuk kalbu. Bila orang tanya pasal aku,mesti dia cakap...aku xde anak.manjakan anak2 sedara je. aku terasa sangat,seolah2 seorang ibu mendoakan sangat supaya aku tidak ada anak. padahal aku tahu itu bukan maksudnya. ada plak kata-kata kawan emak yang dibelakang,yang blabla \
tapi aku malas nk ambik pusing. terus meninggalkan kelompok diorang. kesudahannya hanya air mata sebagai peneman.k lh xde mood.bye...







Thursday 13 December 2012

kisah kenduri 2

hahha....tgk,main warna2 mcm budak kecik,he..layan la. sbenarnya mata berjuraian sbenarnya, peristiwa tghari td masih terkesan di hati,apatah lg berkurung sorang2 di bilik. banyak dh air mata aku bazirkan..agak2nya dah dapat dah tunaikan permintaan puteri lagenda tu(tiba2 lupa plak apa nama),1 baldi air mata..haha. ni kisah kenduri td juga....aku memang slalu bawa anak buah aku yang dok ngn mak aku...bosan,nmpak je aku bersiap mesti ty cikya nk gi mana tu?kalo xbawak mesti nangis. xsuka sgt dengan cara mak aku ni..perlu ke nk bgtau kepada smua orang...tu bukan anak aku dan aku xde anak. tp aku diam je...malas nk panjang cite tapi akibatnya aku merana... Ya Allah,bantulah aku.

 

kenduri 1

entah mengapa.....aku dikelilingi orang2 yang tidak memahami perasaan kami yang gagal memperolehi zuriat. salah kamikah? bukan kami yang meminta utk tidak pregnant dan merasai kegembiraan manis menjadi seorang ibu dan semua tu bukan kerja kami, Allah yang bijak mengatur perancangan kerana Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik utk setiap hamba Nya. Aku terkesan dengan kata-kata ibuku kepada sepupunya tadi. tghari td,emak mgajak ku menemanina makan kenduri,dalam bersembang,bertanya khabar,masing2 bercerita bertanya khabar. sepupu mak aku tu cakap la pasal anak angkat dia yang xde anak. mak aku pulak boleh bantai berseloroh, ha..sama mcm ko la tu,xde anak. aku yang berada di sebelah,yang sejak td diam trus bersuara. xbaik mak cakap mcm tu. dia kata biasa berseloroh sejak kecil lg. aku pun trus diam malas nk bertekak kt umah orang. dalam kereta mak cerita lg pasal sepupu tu..aku pn ckpla,bergurau pun kita kena tau perasaan org juga. mak diam,aku pun diam..malas nak panjang2. susahnya nak memahamkan orang tua ini bhawa kesuburan itu tidak ada kaitan dengan keturunan. Sepatutnya doalah yang baik2 utk orang2 seperti kami ini.

Tuesday 11 December 2012

Situasi yang tak ingin aku hadapi

22.12.12,..majlis menyambut adik ipar kt rumah keluargaku. Sungguh aku ingin mengelak utk hadir ke majlis2 seperti ini...tp nk elak camne kan,majlis keluarga kan..xkan aku xnk balik...lagipun aku tengah bercuti,tiada alasan..bestnya kalo aku p mana2 outstation kan?aku mau lari....xmo dengar pertanyaan dan kata-kata kurang menyenangkan..maklumla time ni kan ramai sanak saudara dan jiran tetangga yg datang berkumpul. pernah ada nenek tua dtg bertandang ke rumah aku, masa tu my SIL pantang anak kedua(SIL aku ni lbih muda drpdaku 8 tahun)..abg aku tu kawin sama tarikh dengan aku...dia ty  mak aku bb tu anak sapa dn tuding kt aku ckp aku mandul...xsayang mulut punya manusia.....xpelh dh nsib aku. Semua tu urusan Allah..aku percaya dan yakin akan ada rezeki kami suatu hari nanti, Allah maha mendengar. Mr H plak bila aku cerita tentang perkara tu bleh plak dia bantai gelak je..xsupportive langsung..bleh dia cakap buat tak tau je. hmm, kadang2 aku terfikir nk je berpisah ngn Mr H tu supaya dia diberi ruang untuk memiliki cahaya mata sendiri...tu time aku stress la. time aku waras,aku takut sbenarnya andai itu terjadi...orang lain ramai lagi yg diuji,sepatutnya aku bersyukur terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, mempunyai kerja yang bagus,cukup utk sara hidup aku,malah dapat membantu keluarga lagi, mempunyai suami  yang menyayangiku...cuma aku diuji lambat mempunyai zuriat(harapan untukku sentiasa ada)

Sunday 9 December 2012

Jom amalkan ~

copied from fb.
Sementara menemani en.somi layan bola msia-thai,xtau nk watpe...aku n kongsikan ngn uols Sunat Dhuha.. Alhamdulillah,sepnjang cuti sekolah ni kerap jg aku buat..smga Allah memudahkan rezeki kita semua. Selepasmemberi salam..berdoalh dengan doa ini.. "Ya Allah,bahawasanya waktu dhuha itu,waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu,dan pelindung itu,perlindunganMu. Ya Allah,jika rezekiku masih di langit,turunkanlah dan jika ada dalam perut bumu,keluarkanlah,jika sukar permudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah. dengan berkat waktu dhuha,keagungan,keindahan,kekuatan dan kekuasaanMu,limpahkan kepada kami segala  yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saturday 1 December 2012

Ceria kembali...

alhamdulillah...rajuk dh berkurangan..rupanya terkecil hati dengan kata-kata aku,kadang-kadang kita bercakap ni jarang fikir perasaan orang. semoga aku lebih berhati-hati dalam mengutarakan sesuatu...

Friday 30 November 2012

Apa salahku?

Ya Allah,bantulah aku mengatasi kemelut ini...sesungguhnya hanya pada MU aku memohon pertolongan dan Engkaulah sebaik-baik penolong. Aku x ingin keadaan seperti ini...

Thursday 29 November 2012

Dingin

Agaknya Mr H disampuk hantu bisu kot ari ni...balik keje petang td dengan muka masam mencuka, masuk rumah main redah je,tiada salam seperti selalu...terus mandi dan tidur. aku pelawa makan pun jawab acuh tak acuh je. set alarm 5.30 pm,bersiap utk tahlil di masjid terus blah camtu je..selalu peluk dan cium aku dulu tapi ari ni dah jemu agaknya...aku apa lagi,org diam malas aku nk layan,nanti bertambah teruk keadaan.... dalam aku buat diam tu sebenarnya aku memendam perasaan..aku ni terlalu sensitif,mudah sangat hujan... sama lebat hujan kat luar. mula la aku berfikir bukan-bukan,dahler aku berdua dengan dia je dalam rumah ni. Janganla buat aku cam tunggul, aku rasa aku xbuat salah apapun....cuba juga bagitau tp xde apapun perubahan...tanya apa salah aku pun xde pape..alasan dia penat..cik abang oii,penat pun janganla dengan i plak tempat dilepaskan kepenatan tu...mula la aku fikir negatif tentang aku..mungkin sebab aku xdpat beri dia zuriat walaupun dah lebih tiga tahun hidup bersama....seperti selalu,aku selalu mendesak andai dia inginkan zuriat,aku berikan dia kebebasan..tapi dia cakap xnak dengar n bosan dan mintak aku xyah ulang ayat tu lagi....kalau xnak tolonglah jaga sikit perasaan aku ni. Ya Allah,bantulah aku mengawal emosi ini dan berkatilah rumahtangga kami...Amin

Tuesday 27 November 2012

Rawatan bermula

Malam tadi,lepas je solat maghib n makan malam,cepat2 aku bersiap n ajak hubby p jumpa pakar.. Alhamdulillah,selepas 3 kali ulang..akhirnya dapat juga ketemu dr..rasa gementar juga,apatah lg doktor ni dr lelaki..malu rasanya, en hubby snarnya xberapa setuju,minta cari dr wanita,katanya senang nk bercerita. bukan apa aku xsuka dr wanita sebab x mesra,apa yg kita ty jawab acuh x acuh..sedangkan kita bayar perkhidmatan beliau...maafkan sayang, ya dear. nk berubat je pun.... After consultation,dr US TAS, dr ckp rahim aku xde masalah,alhamdulillah..dr bg ubat, 21 hari proceed dgn provera 10mg utk betulkan period n  prenavitamin,5 hari lepas habis ubat datang period. hari ke-2 period makan sunophene (ubat subur) then D8,TVS..hu,takutnya utk TVS, tp bila fikir2 waktu subur  tu kami berjauhan sebab aku terpaksa kembali bertugas. segalanya aku serahkan kepada NYA, dia lebih mengetahui. Smga Allah mempermudahkn urusanku dan mengurniakan kami zuriat yang soleh/solehah, sempurna sifatnya dan bijak pemikiran. Amin.

Thursday 22 November 2012

anak angkat

jjam mghampiri 2 pg tp mata msih xleh lelap,mlayan perasaan sndri smbil mcari kkuatn mbelek blog berkaitan org2 snasib dgnku..rentetn hati yg tlalu sensitif. terkesan sbenarnya.vsuami yg xpernah mmahami.mlayan ank buahnya tanpa pernah mmikirkan perasaan aku.seringkali terlupa ttg perasaan aku. tanpa diduga. aku menyuarakn ttg hasrat  hati ingin mgambil ank angkat..respon negatif aku trima. akibatnya hingga ke saat ini air mata ini msih bjuraian...sungguh aku xingin seperti ini.ingin pergi jauh dari keadaan ini.ya Allah.bantulah aku♥

Tuesday 20 November 2012

KEPOCII DATANG LAGI

bercuti di kampung suami....
rasa serba salah plak. nk ikut ke xnak..ikut kang aku yg menjeruk rasa,klu xikut aku jg menjeruk rasa. mesti ada yg xfaham(heee...ada ka yg follow blog aku ni),dua2 situasi aku xsuka. ssampai2 je jiran dok ty, bila lg? ingat aku xnak ka?aku ni mcm2 dh usaha..xkn aku nk list satu-satu usaha tu bg uolls tau. aku nk sgt zuriat kami...apatah lg bila aku tgk keadaan lucky aku tu...manja sgt ank menakan dia tu..sampai aku pun rs diketepikn...kdg2 aku rs aku dipinggirkn, situasi yg cukup aku xsuka bila balik kg dia...ngn ank menakan aku xde plak dia wat camtu..nnti ada ank sendiri tau la klau xlayan...(jahat kan aku,mungkin sbb tu kot Tuhan masih xbagi)...yg bestnya bila kat umah PIL,aku xyah wat pape, MIL aku ni rajin masak...aku pun xreti nk masak cra depa..last2 aku tukang tgk n tukang mkn.hahaa..

Sunday 18 November 2012

Bla..bla makcik membebel lagi

hmmm...period+istihadah dah sebulan setengah. Argh..stress,mcmana nk mjalani  kehidupan suami isteri.kesian suamiku..waaaaa. kna ambik ubat bru berhenti tp bila bhenti ubat jd lg. perasaan xsabar nk jumpa O&G Specialist.....lamanya dikau bercuti wahai dr,dahle..aku cuti panjang..masa ni la aku nk plan usaha gigih utk dapt zuriat kami,dengan izin Allah. Kadang2 aku terfikir aku xpatut memilih perkahwinan ini kerana aku xmampu membahagiakan si suami,kesian si suami mendapat tempias masih gagal mempunyai zuriat kerana memilih aku. namun aku harus redha dengan ketentuanNya. He knows better.. Berbalik kepada penyakitku ini..dh lebih 12 taun aku alami,pendek kata,jarang aku dapat rasa period yg normal mcm org lain.dh mcm2 ubat aku telan,pil hormon,perancang,herba,air rebusan akar kayu,nmpaknya masih xde satu pun penawar...kadang2 terasa jugak putus asanya.hmmm.....mcmana la nk lekat..waktu subur pun aku tak tau bila. Mengharap keajaiban dari NYA, In Sha Allah.

Saturday 17 November 2012

Hangat-hangat tahi ayam..

Eeeeeei..sesedap rasa je letak tajuk n3 ni.haha...tajuk tu mgambarkan tuannya la. dalam berTTC ni pun, kbykn usaha yg aku buat separuh jalan..biodex,lumiglow,LD venus,urutan tradisional...3 bulan cuba klu xde apa2 perubahan mula la aku malas..aha,akhirnya jd mangsa leteran en suami dan emak. berblog pun sama,mcm dh rasa malas plak,nk mengarang....aku dari dulu mmg xminat karangan..ok out dah..malas .

Saturday 10 November 2012

MISI 1: RAWATAN PAKAR SAKIT PUAN

bermula je cuti....semangat berkobar-kobar utk teruskan misi mencapai impian. Conceive... tp kita hanya bersaha selebihnya berserah kepada rezeki Allah. Ramai yg cdg p wat rawatan kt Dr Shah Reza,O&G Specislist so mlm td cuba la p...huhu,bercuti panjang la plak. nmpaknya kna postpone.... :( suami dan ibu yg xjemu2 membantu...mcm2 akar kayu dia beli n cari. alala.malasla nk minum jenis cecair ni..pahit. tp utk jga perasaan mereka,kna la cuba jg

Friday 9 November 2012

Berusaha dan terus berusaha

penat hari ini sepetang bersama atuk sedara n parents p baruh cari pokok cekering(aku pun xkenal)..kata mak aku untuk ubat senggugut...mudah2n lawas la perion ni..mencari dan mencari,nmpaknya xde rezeki. pokok tu dh pupus. klau diikutkan aku xberminat dengan produk2 tradisional ni tp terpaksa la ikut cakap mak aku ni..xsanggup aku dengar bebelan n jiwa sensitif dia tu. he..xsabarnya mnunggu en suami pulang dari kuala lumpur.. terasa rindu sesangat..yeay xsabar nk habiskan dua bulan percutian bersama yang tersayang dan membuat rawatan kesuburan... Mudah-mudahan ada rezeki kami, Insya Allah.

Tuesday 6 November 2012

TTC...iNSYa ALLaH

Hmmm..N3 kali ini agak emosional...kenapalah orang slalu mngunakan alasan anak untuk melepaskan tugas dan dalam banyak perkara..contohnya..berbunyi mcm ni..akak xpela,bleh la gi jalan2,sorang senang...saya susahla nk buat kelas malam,anak xde sape jaga..adakah anak tu membebankan? kawan2 yang ckp tu sensitif la ckit dengan perasaan org yg xde anak n blum kawin...kesian la kami2 yg b'ttc...asyik bercerita pasal anak je. huhu..aku bukan dengki dengan rezeki orang...tp sensitif dgr cerita pasal anak sebab tu lebih rela menyendiri daripada melepak dengan kaum2 ibu. Ya Allah bantulah aku mengawal emosi ini

Monday 29 October 2012

MMMMUAHHHHHH, AHAKS


MAKBULKAN YA ALLAH

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran, Ayat 38)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hari ni dh hari ke-21 period yg masih lg bersisa,(atau dgn kata lain istihadah). Puas dh p klinik,telan ubat... msih sama camtu jgk. kdg2 rasa kecewa dan putus harapan kerana usaha hanya sia-sia. Ampunkan hamba Mu ya Allah. berkurung seorang diri di bilik lg mbuatkan aku stress dan air mata pun mgalir laju. mesej mrH, dlm keadaan tertekan minta dia cari pengganti diri, rasa rendah diri kerana gagal melaksanakan tanggungjawab.. Alhamdulillah, ada hikmahnya dia redha apapun yg berlaku ke atasku..aku tidak akn ditinggalkan, terima kasih sayang klau fauziah ada abilfikri(blog yg sllu kubc sbg 'silent reader'), aku juga ada en N..... .teringat lg sewaktu bercuti di kuantan 2hari lepas, terima kasih abang...aku sentiasa di ingtan dia selepas mak dan ayah( bguslah...aku xminta dia abaikan kedua ibubapanya kerana syurganya adalah kerdhaan kedua ibu bapa,aku sayang dia,manakan aku sanggup melihat dia menanggung kemurkaan Allah). Semoga ada rezeki kami untuk tinggal sebumbung.....menanti saat itu.

Thursday 25 October 2012

AIDIL ADHA 1433 H.

Alhamdulillah...tahun ni dua2 raya dapat raya bersama en Abi,cuma masih berdua. Hmmmmm, sedih kan.... orang lain seronok beraya bersama anak2 dan suami tapi kami masih belum berpeluang..... pujuklah hati sendiri supaya redha dengan segala ketentuanNya. Allah uji kami kerana Dia tahu kami mampu hadapi ujian itu...mampukah aku? sentiasa berendam air mata memikirkannya.... Cakap pasal raya aidil adha..aidil adha adalah pengorbanan.. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk teruskan pengorbanan memilikimu zuriatku.... He..tp berita gembira hari ni,untuk hiburkan hati.... S3 idaman jadi milikku :)

Sunday 21 October 2012

APA2 JE LA(ORG KURANG IDEA,SO XTAU NAK HIGHLIGHT)

huhu..hari moddy,mcm xnk ckp ngn org sekeliling je. Manakan tidak,makcik p dh berkunjung dkt2 15 ari dh, xreti2nk balik. xlarat dh tukar pad. risau je..ajak MDH p klnik,p bawa jumpa tabib,huhu..sx cina daa..aku pun konfius nk mkn ubt tu. xbleh jd ni,aku kna gak wat pemeriksaan pakar,utk kenalpasti apa penyakit. Apa yg aku terasa sgt..makcik p yg lama2 ni wat aku jd serba salah,kesian En MDH....(ehemmm,org2 yg dh kawin je faham,haha). terlintas gak suruh en MDH kawin lg....tp tu sekadar ujian je.. nasib jawab xnak,klu dia nak xke naya aku..tp aku redha andai itu pilihnnya. Dia berhak utk dapat zuriat. Bila tgk je kwn yg mngndung hati jd sayu,bila la turn aku ni? Hanya mampu berdoa.. 


Thursday 18 October 2012

ALHAMDULILLAH...REZEKI

Hehehe......suspen kan tajuk kt atas tu. mesti u all ingat rezeki preggy. hmmm,masih blum lg, napelah liat sgt sperms ni nk jumpa telur. sedih n jeles sgt bila dgr berita2 org2 di sekeliling preggy, rasa  tak adil plak aku dihukum camni..tp bila dikenang kembali rezeki lain yang Allah kurniakan,malaikat menyedarkan supaya aku bersyukur. Ampunilah hamba Mu ini Ya Allah atas kekhilafan ini. Jauhilah aku dari sifat berprasangka buruk.  Sesungguhnya aku diuji...kerana Engkau menyayangiku supaya sentiasa dekat pada MU,merintih meminta dengan MU. Rezeki tu ialah dengan kenaikan pangkat....dptla tunggakan sikit. Alhamdulillah..insya ALLAH rezeki itu akan dikongsi bersama mak ayah,suami dan anak-anak yatim. Smga aku dikurniakan rezeki yg satu itu. PERMATA HATI zuriat dari hubungan kasih syang kami suami isteri.  Smga Allah memperkenan doa kami.

Tuesday 16 October 2012

PIALA MALAYSIA ~ ATM VS TRW

BOLABOLABOLA, TRW lh juara,GOMO KELATE GOMO... Demam Piala Malaysia 2012 la. TRW vs ATM. Alala..yg mana satu nk sokong ni,en hubby mesti la sokong ATM, aku plak mesti la kna sokong TRW,tanah tumpah darahku la kan...haha. nasib 21hb.10 ni cuti,jom kita layan depan tv...agak2 sape menang haa? Jgn la TRW yg kalah,xpasai aku kna ngn laki tu.....mcm2 la aku kna kutuk,bakar stadium la...hu,panas telinga dibuatnya(supporters pun jgn la emo sgt,bertindak dgn kewarasanla..jg tatasusila kita org timur..haha). aku snarnya bukan kisah sgt pasai bola ni..tp bila lawan ATM aku kna bersemngt la.klu x..malu la nanti.xpasai laki bini gaduh(tp kami gaduh manja ja)...hehehe. 

Saturday 13 October 2012

PJJ

hmmm...rasa bosan dah,dok berulang alik setiap minggu sepanjang kawen ni. letihla,asyik-asyik aku yg kena balik. sampai bila la nk bterusan camni. Mungkin ni gak sebab susah TTC kot. Nk usaha pun rasa xguna jga, waktu subur byk yg miss. huhu...sekarang ni cam malas dh. serahkan segalanya pdnya.,

Tuesday 2 October 2012

Tonsil oh Tonsil....

N3 kali ni nk bercerita pasal tonsil..aduh sakitnya, perit mcm2 dugaan dlm hidupku..tapi sebagai hambaNYA  kita kna pk positif,berdosa kita sebagai hamba NYA kalau sering menyalahkan ujian yang diterima. Bukan kesakitan itu penghapus dosa2 kecil? So...terimalah dugaan itu dengan tenang selain berusaha untuk berikhtiar untuk menyembuhkannya..tapi perit jg la nk mgajar. anak2 murid ku, dengar apa yg cikgu ckp sebab cikgu xbleh nak jerit kuat-kuat mcm slalu :)

LUMIGLOW ~Dengan IzinNYA, INSYA ALLAH

ni lah lumiglow tu.....dh masuk botol ke-2, harap sgt ada berita gmbira  pas ni
Alhamdulillah...selepas 3 minggu menggunakan LUMIGLOW(krim penggalak kehamilan) nmpaknya ada tanda2 positif. Mudah-mudahan ada la rezekiku lepas ni. bercerita pasal LUMIGLOW ni, pada mulanya aku memang dh berputus asa, apatah lagi dengan keguguran lepas. Apa taknya, lepas dua tahun bru aku positif mengandung, gembiranya Tuhan saja yang tau. Berkali-kali buat sujud syukur. tp kegembiraan tu xlma, doktor sahkan janin x berkembang(blasted ovum)....down sgt masa tu, asyik berkurung je dlm bilik. 2 minggu jgk lh. Alhamdulillah, akhirnya aku bljar untuk redha dan fikir positif, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..barulah rasa tenang. Terima kasih suamiku..sokonganmu amat bermakna untukku. I LOVE U, LALINK.

Sunday 30 September 2012

mula nak berjinak-jinak

Assalamualaikum, selamat malam.

Asyik2 dok baca blog deme, baik aku wat blog..mana tau bleh ubat hati yang kesunyian ini. daripada aku dok buang i mata...meratap hiba, menangis sebab masih gagal dapat zuriat walaupun dh 3 taun kawin. mmg kt tmpt keje aku nmpak happy, tapi bila balik berkurung seorang diri dlm bilik mula la pk bukan2( aku namanya je kawin tp hy isteri hujung minggu je, apa nk buat tuntutan keje,memisahkan kami) huhu...ampunkan hamba Mu ini, Ya Allah..jauhilah sifat sangka buruk itu dari hati ini wlaupun aku sentiasa yakin ada rezeki ku nanti...