Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 10 December 2013

Kenapa la aku ni?mudah sentap. Kenyataan abg aku tu mmg bnar2 xleh aku terima. Aku tau la umur aku dh 3 series. And ada risiko kalau mngandung tp smua tu kerja Allah..mentang la bini ko muda bepia n senang dpt anak...nk bercakap tu jgn la ikut sedap mulut je. Salah ke kalau aku xde anak...tuhan xnnak bg lagi. Jangan risau ler..aku xkan susahkn ko n anak2 ko pun bila aku tua nanti..aku hidup je la ngn laki aku...klau laki aku p dlu,aku merempat la mana2 rumah org tua. Hati tgh marah.

Sunday 8 September 2013

Agaknya bagaimana la ovarian cyst ni...dh 2 bulan xtau pkmbangan slepas kcewa dgn rwtn yg dterima dr Usains...sekadar kaunseling ttg waktu subur n kitar period.. hallo dok..klau stakat nk crita pasal tu smua mklumat tu dh ada dlm kpala..ty cik google lg bgus..xperlu aku nk bhabis duit bratus tanpa future check up.sakit ati bila ty..dok cyst sy apa yg sy perlu buat..bleh dia ckp its normal lg..xperlu buat apa.bleh je hy buat andaian yg aku xde endometriosis tanpa ada check up. Mlalui pbacaan aku..bukan ke endo kna kesan mlalui tvs n hsg utk tgk tiub sumbat o x...huhu..punya malas dr ni...siap advice aku nape xguna gov...rugi xguna pluang yg ada..wei dok..terpulang la aku mmpu byr la...bukan xnk gi gov..gov byk prosedur la..sdgkn aku xpunya byk masa lapang.huhu.harap allah mpermudahkn urusan ku...skrg ni aku cuma kawal mkn dan ambik suplement serta makanan sunnah..harap2 cyct tu hilang dgn sendri..

Thursday 27 June 2013

alhamdulillah....sekian kalinya tercari-cari gynea yg teliti dlm rwtn prolong mensus ni,akhirnya tjumpa di sini. Klinik rawatan an-nisa,kota bharu (dr Rose Liza)..terima kasih kerana membuka jalan untuk aku follow  up  check up HUSM... rasa berdebar-debar. 2.7 ada appt at HUSM jam 11.00 pg, harap dipermudahkan Allah. sori,ntry pendek je..mcm malas nk bcerita..tp nk simpan jugk utk tatapn diri sendiri andai diizinkan Allah punyai zuriat sendiri satu masa nanti...pjalann suka duka,sakit derita demi mu seorang NUR AINI dan ZAUJku..(mood : risau,takut akn result pap smear, laps n ddnc)

Sunday 12 May 2013

Aku yang diuji


Aku yang diuji….
Kenapa aku,kenapa tidak orang lain? Berdosakah aku mempersoalkan kehendakNYA yang ditakdirkan ke atas aku? Walau sedaya mana pun aku pujuk diri untuk redha atas segala musibah ini….keimananku masih belum kuat untuk menerima hakikat. Setiap saat air mata jua peneman  setia..sering ditinggalkan kerana tugas,masalah haid yang banyak dan berpanjangan hampir 13 tahun, gagal melahirkan zuriat buat suami, berjumpa suami hanya di hujung minggu….hanyalah secebis dugaan bagi orang yang benar-benar beriman tapi aku tidak berdaya melaluinya…masih tipiskah keimananku pada MU ya Rabb?.
Semakin berusaha untuk aku melupakan semakin kerap perasaan itu menyerang. Aku gagal melaksanakan tanggungjawab batin yang sempurna untuk seorang suami….. Setiap malam perasaan ini menghantui yang kesudahan air mata membasahi. Aku tidak berguna ,aku menyusahkan, aku membebankan….
Suamiku….saya sentiasa redha andai abang ada pilihan supaya hidupmu berzuriat dan tanggungjawab batinmu tertunai. Bukan aku tidak berusaha untuk mengubati sakit ini,sehingga kini masih belum kutemui penawarnya… Aku berputus asa, redha andai ajal segera menjemput supaya aku tidak menyusahkan dan membebankan abang dan keluarga….
Suamiku…..abang adalah yang terbaik kurniaan Allah kepadaku. Abang terlalu memahami, menyayangi dan menerimaku seadanya sebagaimana aku…sentiasa sabar melayani karenahku dan keluhanku.  Kerana kebaikan itu,aku teramat rasa bersalah walaupun aku tahu semua itu bukan boleh aku kawalatur.
Suamiku..setiap kali aku bagitau yang diri ini sentiasa tidak sihat…hanya satu jawapanmu…nanti sihat la tu. Setiap kali itu juga air mata ini menitis.
Sesetengah orang beranggapan,mungkin hidupku sempurna…mempunyai pekerjaan yang baik dan suami yang penyayang. Pandanglah pada nikmat itu,ramai lagi yang lebih derita daripadaku. Memang andai aku pandang pada yang kurang,aku bernasib baik,andai pada yang lebih,aku kurang baik. Kenapa aku tidak jadi seperti mereka…mempunyai anak yang ramai,rezeki yang murah dan suami yang penyayang. 

Sunday 14 April 2013

Perubatan Islam

Hmmm..dh lama rasanya tidak menjenguk.....dh penuh sawang agaknya,ntah laaa...mcm dh malas nk berblog,harapan semakin pudar,semakin berputus asa utk meneruskan TTC. Andai ditakdirkan tiada rezeki ku utk memiliki zuriat sendiri.....apalah yg mampu aku lakukan selain menerimanya dengan hati yang pasrah.

Akibat didesak oleh ibu...ekoran period yg berpanjangn, xreti nk berhenti klau tiada ubat yg ditelan... rasa mcm malas dh nk telan ubat2,namun bila pk aku ada tanggungjawab sebagai isteri...kna gagah jua. malam sabtu lepas,aku berkunjung ke klinik rawatan alternatif islam...hmm,tu pun sebab ibu mendesak. kalau x,aku mmg malas nk mencari....ustaz yg bertanggungjawab merukyah aku dan seorang lagi pesakit. setelah dirukyah, aku dirawat....hm,katanya ada benda mghuni di saluran rahimku,entahla,benda2 ghaib ini mmg sukar utk percaya tapi perlu diyakini yang makhluk itu wujud.

Sakitnya perutku hingga kini masih dirasai,mungkin kesan cengkaman tangan ustaz tu...sampai lebam2. Nasib masa rawatan tu,emak sentiasa di sisi...hu,harap suami, nun jauh di seberang. tapi keizinan tetap aku pinta... Semoga kali ini aku sembuh seperti 15 tahun dulu,dengan izin NYA. dh lama rasanya period ku kucar-kacir :(  semoga aku diizinkan Allah untuk menimang zuriat :)

Wednesday 20 March 2013

La Tahzan...

Assalam....

La tahzan.. Jangan bersedih. Rentetan daripada peristiwa suami kena bertugas di negeri bawah bayu itu. Dalam berkira-kira mengira bilakah kepulangan DH,perbualan yang mula2 gembira akhirnya berubah duka bila DH kata kemungkinan kena sambung 5 bulan lagi,air mata pun turun dengan lajunya membasahi pipi, tau je la aku ni...terlalu sensitif,mudah sangat pundi air mata tu merembeskan manik jernihnya itu (hehe,puitis pulak bahasaku awal2 pagi ni). terus give up utk teruskan TTC. Rasa mcm nk campak je semua suplement2 yang aku ambik tu,rasa cam xberguna. Mampukah aku bertahan tanpa dia di sisi dalam tempoh yg begitu lama. dah la jarang2 dapat jumpa,kali ini diuji lagi...beratnya ujian ini. Semoga Allah memelihara diriku dari pemikiran dan perbuatan yg tidak baik. Aku ingin mencari syurga Mu ya Allah, dan redha Mu kepadaku bergantung kepada redha zaujku. Semoga aku tetap setia menanti kepulanganmu zaujku...Jangan dpesongkan perasaan ini dari terus menyayangi dan mencintaimu. I LOVE U.

Tuesday 5 March 2013

Pencerobohan di Sabah.

Assalamualaikum..lama rasanya kutinggalkan blog. Agak malas akhir2 ini,apatah lagi rasa semacam berputus asa meneruskan ttc,andai ada rezeki,pastinya akan kunjung jua suatu hari nanti.

Isu semasa yang menggemparkan bumi Malaysia khususnya di Sabah..pencerobohan Kerajaan Sulu di Lahad Datu dan Semporna. My DH pun terlibat sama menyertai misi mengembalikan keamanan di negeri bawah bayu itu. Risau dan bermacam perasaan kufikirkan....bagi DH dia seronok menggalas amanah yang dipikul.Dia yang memilih kerjaya itu,seharusnya dia telah memikirkan pengorbanan yang perlu dilakukan dan aku sebagai wify perlu menerima hakikat itu.

Hanya doa mampu kutitipkan semoga DH dan semua anggota keselamatan dalam lindungan Allah.

Wednesday 6 February 2013

Usaha, Doa dan Tawakkal

Ini sebahagian produk2 yang aku ambik demi mendapat zuriat....Pantang apa sahaja yang org sebut,pasti nk mencuba. tapi seperti kata dr hamid...tiada suatu pun usaha yang dapat menjamin seseorang itu mengandung tanpa izin Allah. Berpegang pada prinsip itulah aku berdoa supaya aku tidak akan pernah berputus asa berusaha dan terus berdoa agar ada zuriat untuk kami suatu hari nanti :) Terima kasih kawan2 ICTRBA - facebook. berkongsi pengalaman dan luahan rasa mereka yang senasib memberi aku semangat,sekurang2nya mengubat kekecewaan tatkala setiap kali mendengar kawan sekeliling membicarakan tentang "pregnancy,confinement and their kids" . bukan cemburu tetapi sedih kerana belum berpeluang merasai pengalaman itu. selebihnya,aku senang menjarakkan diri dari situasi itu, tak sanggup menjeruk rasa. 


inilah sebahagian daripada usahaku..smga Allah membalasnya dengan kerahmatan dan mengurniakan kami zuriat terindah. Betul kata-kata kawan2 yang sama2 ber'ttc', kita sanggup berkorban wang ringgit dan perasaan...selagi termampu kita berusaha dan Allah tahu bahawa kita mampulah maka kita diuji.... Sem0ga ganjaran yang hebat juga menanti kami. 



Saturday 2 February 2013

harapan xkan pudar

satu persatu brita gembira rkn2 sekerja pregnant...sedih kn bila la masaku akn tiba. lebih selesa mengasingkn diri..agknya prasaan kita yg masih gagal mmperolehi chyamta smuanya sama kn...terlalu sensitif..mudh fragile.berdosakah aku mempersoalkn bilakh msanya..adakh aku mempersoalkn kuasaMu? ampunkn hamba Mu ini ya Allah...bkn iti mksudku..aku hy peminta dh kpdMu aku brgantung harap.

Thursday 17 January 2013

Segalanya telah tertulis..

Hmm..sebenarnya post ni cerita lama, saja ingin aku coretkan di sini supaya aku tidak aku lupa sampai bila-bila pun kenangan ini...terima kasih Ya Allah, memberi kenikmatan merasai pengalaman preggy walaupun cuma seketika. Ni kesan terbelek tepon lama...sejak beli S3 ari tu, C3 aku bg kat mak..saja belek2 tepon mak,jumpa la nota perjalanan aku ini,

03:29am, Fri 17-02-2012, alhamdulillah...akhirnya, berakhir jg penantian slama lebih kurang 3 tahun 5 bulan utk menjadi ibu. Aku berdoa pada Mu Ya Allah,smga smuanya berjalan lancar.




10:15am, Thu 15-03-2012. Nikmat itu hy sektika,aku rdha ya allah,krna engkau lbih mgthui apa yg tbaik utk hmbaMu...berilh aku kkuatn utk lalui smua ini. Smga masih ada lagi pluang.

Mon 26-03-2012, slpas 3 bulan.akhirnya Naufal tinggalkn umi...sdih sgt dh besar rupanya tp sgalanya di luar kmampuan umi yg tiba2 pkmbgn terhenti. Umi sayang sgt Naufal..tp Allah lbih myayangi Naufal, mbesar dlm rahim umi xlama,ampunkan umi sayng....

He..walaupun aku tak tau jantina kerana janin tidak berkembang dan hy berusia 10 minggu tapi sebelum tu mak mimpi aku dapat anak lelaki..gatal je siap bagi nama.. Ahmad Naufal- yang terpuji, dermawan.

Monday 14 January 2013

Harapan ~

Hi..salam.rasanya sudah lama tidak ku update blog yg xseberapa ini...tiada berita menarik untuk dikongsikan,tambah2 lagi permulaan masa yang sibuk sudah bermula setelah 2 bulan bercuti penuh..haha,orang mesti kata,"ala,cikgu..untungla gaji banyak,cuti pun banyak,makan gaji buta jer" sering diperkatakan...bagi aku terpulanglah apa orang nk kata, yang penting kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu ikhlas kerana Allah,membentuk jati diri dan ilmuan agama, bangsa dan negara. Chewwah...kadang2 ada jg datang perasaan malas tp kita kna lawan agar rezeki yang kita perolehi itu diberkati. Alamak,jadi ustazah plak!Hmm,selepas dua bulan xbertemu, ramai yang datang dengan membawa berita gembira...mengandung lagi. dah rezeki mereka, suka dalam duka...rezeki ku juga yang masih belum kunjung tiba. harapan di tahun 2013. Insya Allah.

Tuesday 1 January 2013

tahun baru..

hhari  pertama sessi 2013.hm...malaskn maklum setelah bercuti lama.tp ini tggingjawabku,rezekiku...ikhlas kerana Allah.mudah2n rezeki yg diperoleh ini diberkati...paling utama terpaksa berhujung minggu je ngan suami..sedihnya bila la kami dapat dok sama . menjalankan tggungjawab yg sempurna sebagai isteri...