Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 15 January 2014

JIWANG CKIT :)

BUAT SUAMIKU

Angin malam...
sampaikan salam rinduku ini pada zaujku...
lenanya sentiasa bersamaku

Abang..
terima kasih , terima kasih
dan terima kasih
dengan kasih sayang yang tidak pernah terhijab 
tidak pernah berbahagi
walau bermacam karenah saya lontarkan
dengan rasa sabar abang biarkan 
tidak pernah sekalipun abang memudarkan
kasih sayang itu

Abang...
terima kasih sudi menjadi imam saya
menjadi pendengar setia
menjadi penglipurlara
dalam meniti kehidupan yang singkat
dalam dunia yang makin tua ini..
Semoga abang juga menjadi peneman saya di alam sana..

Abang...
maafkan saya kerana masih gagal untuk menjadi pendamping setia
tuntutan tanggungjawab meneruskan kelangsungan hidup
semoga satu hari nanti ada rezeki untuk kita 
melayari rumahtangga yang bermakna 
sentiasa di sisi abang menguruskan 
segala tanggungjawab yang selayaknya
di pegang oleh seorang isteri...

Abang..
maafkan saya masih lagi gagal
menjadi ibu untuk anak2 abang
hmmm...betul ke saya merelakan andai abang ada pilihan?
sebaris kata yang sentiasa saya suarakan di saat saya rasa
kekurangan diri....."abang kawen lagi"
dan saya tahu prinsip abang..
"cukup satu cinta andai tidak dikhianati"
apa lagi yang saya inginkan...

Abang....
Dia yang sentiasa mengajarku erti nikmat 
bersyukur dengan banyak yang dimiliki
jangan menangisi dan memandang satu kekurangan
ajari aku tentang pengharapan kepadaNYA
berdoa tanpa jemu..
belajar erti redha

Abang...
pernah saya suarakan
andai kita memang ditakdirkan tidak mampu 
ada zuriat dan keturunan
siapa yang akan menjaga kita di usia tua
mendoakan kesejahteraan kita di alam sana
berbuat baik untuk kita
siapa?
tenangnya tutur abang...
andai itu takdirnya 
kita redha...hidup berdua 
berbuat baik dan bersedekah
isteri abang seorang guru
punyai beribu murid
dan mungkin ada di antara mereka
yang sentiasa mendoakan kita..

Abang...
semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati
dan kasih sayang kita bertaut utuh
BARAKALLAH..
dan selagi jasad di kandung badan 
isterimu ini akan sentiasa berdoa 
semoga kasih sayang kita
hingga ke syurga...
LOVE YOU...











No comments: