Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 18 August 2014

kehilangan

Tanggal 14.8.2014,jam 6.18 pm..kakakku Salaha bt Wan Hasnah meninggalkan kami setelah 7 bulan menahan kesakitan serangan kuman kanser paru-paru. Kakak, andai itu yg terbaik buatmu..kami redha. Cuma sedikit terkilan kerana hanya sekali berkunjung menziarahi beliau sepanjang sakit. Bukan tidak mahu...tp dalam keadaan berbadan dua...apatah lg zuriat yg sekian lama ditunggu ini. Aku tidak sanggup mnanggung risiko.

Bila dpt call dp mak bgtau kakak nazak..
Aku mmg nekad untuk menziarahi kali terakhir...apatah lg kandungn pun dh besar..namun tiada yg mmpu mngubah prancangan Allah. Xsempat jg bjumpa..tp sempatla kukucup pipinya utk kali terakhir.

Kakak...kami kehilangan kakak malah kawan yg sgt memahami,mengutamakan kepentingan anak2 dan adik2 mlebihi kepentingan sendri. Tiada lg gurau senda.

Terima kasih kakak...banyak berkorban utk adik2. Sedih...ms pertama kali menziarahi kakak di hospital dlu...kakak pernah cakap...ya,doakan aku panjang umur..nak sgt tgk anakmu. Menitis air mata ini... anak umi,walaupun sayang xsempat jumpa mama...kenanglah mama,doakan kesejahteraan mama di alam sana ya sayang.

Anak-anak saudaraku...sntiasalah jd anak yg sentiasamengenangi mama...bbuat baiklah kepada kedua2 ibu bapamu. Sentiasa mendoakn kesejahteraan mama di alam sana.

Kakak..selamat bertemu anakmu,Ahmad Izzudin yg menunggumu di syurga..

Dalam kenangan...Salaha bt Mohamed (24.10.1968-14.8.2014)

Thursday 31 July 2014

raya 2014 :'(

Masih belum terlewat rasanya utk salam Aidilfitri..maaf zahir batin walaupun hari ni dh 4 syawal.

Hmm...taun ni raya sgt tidak bmakna tanpa en suami di sisi. Terpaksa mnjalankn tugas ke sabah. Harap taun depan dpt la beraya bersama2,raya yang amat bermakna dengan kehadiran cahaya mata pertama. Anak umiwalid.

Monday 7 July 2014

28w-trimester 3

Alhamdulillah...baru balik scan kali kedua di klinik kesihatan..sgt berpuas hati dgn layanan dr azzam.wlaupun xbayar tp servis 100% mantop berbanding servis dgn dr sri buana...bayar rm100 utk scan n checkup tp bila byk ty jawab acuh xacuh je...kali terakhir kot menyinggah di situ. Dr azzam ni friendly giler...terangkn satu persatu ttg keadaan baby kt dalam...bersyukur sgt pada Allah.keadaan baby semua ok dan sihat. Xsabar nak ke september nk sambut baby. Tp sayang scan kt kk ni xdapatla filem dia urk buat kenangan.

Sunday 6 July 2014

Ramadhan Kareem

Ramadhan datang lagi...masih ingat lagi taun lepas..aku bmunajat bsungguh2 kepadaNya...memohon rezeki yg amat ternilai dalam sebuah rumahtangga. Alhamdulillah...taun ni aku mengendong rezeki itu dalam rahim ini.. aku bersyukur  Ya Allah. Lagi 2 bulan lebih bayi ini akan lahir...dan ramadhan ini aku berdoa semoga segalanya dipermudahkan. In sha Allah.

Sunday 8 June 2014

3m+++ to go :)

Keterujaan umi untuk menyambutmu anakanda tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lg kami ibu bapamu terpaksa menunggu 5 tahun...rezeki yg Allah aturkan untuk menguji kesabaran umi dan walid...alhamdulillah,besarnya hikmah yg tersirat..kasih sayang walid yg tidak pernah berubah,umi beruntung. Rezeki lain yang melimpah ruah..

Anakanda kesayangan umi dan walid...membesarlah dengan sihat dan sempurna dlm rahim umi..Risau tgk perut kecik walaupun dh 6 bulan. Adakah ini adalah kifarah atas kekhilafan umi yg dulu selalu cakap..huhu..mcmana nk cover perut membulat bila ke kelas..malu dengan renungan pelajar lelaki..harap ilmulah yg mereka terima daripada umi bukannya mengimaginasi keadaan umi yg semuanya membesar bagai juara..huhu. membesarlah anakanda dengan sihat...tp sepanjang pemeriksaan kesihatan xde pulak nurse atau doktor cakap apa2..maksudnya anak umi dlm keadaan sihat..xsabar nk scan lagi.

Hmm...semalam umi dan walid p shopping :) excited giler umi tgk baju2 baby...tp yg seronoknya walid yg pilih semua baju2 tu..nanti bila anakanda keluar ,xkekok walid nk beli. Hehe... pagi ni umi dh siap dobi semua baju2 tu. Kami terpaksa shopping awal sebab kurang 3 minggu lagi walid terpaksa mengikuti operasi ke sabah :'( sedihnya...kemungkinan umi akan keseorangan menyambut kelahiranmu anakanda..andai ada rezeki walid dpt balik awal sebab walid dh maklumkn EDD umi.. xpelh,walaupun tanpa walid...umi sentiasa minta doa supaya dipermudahkan kelahiranmu walau di mana pun dan anakanda dilahirkan sihat dan sempurna. Inilah situasi yg perlu dihadapi oleh mana2 isteri dan anak2 kakitgn ATM.. perlu berdikari dan bersedia ditinggalkn apabila dikerah untuk menjalankan tugas. Inilah pengorbanan....

Anakanda sehingga ke saat catatan ini ditulis...galaknya kamu bergerak2 dlm rahim umi...umi bersyukur.itu tanda yg anak umi sihat dan aktif. Sabar tau..lagi 3 bulan lebih kita jumpa.

salam sayang..
umi



Sunday 11 May 2014

laksa,siput belitung dan sweet potato :'(

Hmm...adakah aku yg mengada2 atau smmgnya permintaan si kecil dlm rahim ini. Fragile giler...teringinkn sesuatu bila hajat xdipenuhi,mula la manik2 putih turun ke pipi...huhu.

Tuesday 29 April 2014

harapan umi walid :)

Memasuki trimester ke 2...syukur alhamdulillah anakanda mbesar dgn smpurna..teruja sgt apabila lihat anakanda yg xreti dok diam. Besarnya kekuasaanMu ya Allah..ada nyawa dlm rahimku yg xpernah ku terfikir bilakah rezeki ini akan tiba...engkau utuskan si kecil ini pada saat2 yg tidak kusangka. Di hari ulang tahun kelahiran yang ke 34 dan in sha allah bakal lahir pada ulang tahun ke 5 umi dan walid. Sungguh inilah hadiah paling bermakna dalam hidup umi.
Anak...umi bersyukur sepanjang mengandungkanmu...kamu seakan mengerti kepayahan umi yg berjauhan walid..tidak pernah sesekali membebankan umi dengan alahan yang teruk,mengada2 minta makan itu ini malah kamu terus membesar tanpa menjejaskan kesihatan umi...terima kasih ya Allah. Mungkin kamu tahu walidmu pejuang negara tidak banyak masa untuk menemani umi membesarkan kamu...dan mungkin umi akan keseorangan tanpa ditemani walid menyambut kelahiranmu nanti...tapi itu tidak bermakna walid tidak menyayangi kamu sayang...biarlah walidmu menggalas tanggungjawabnya pada negara dan mencari rezeki utk kita. Umi tahu anak umi bijak dan anak soleh@solehah....sentiasa menyenangkan umi dan walid.

Kamu permata hati umi walid hadiah paling berharga daripada pencipta seluruh alam...bukan milik kami cuma dipinjamkan untuk kami didik sebagai khalifah yang akan mendoakan dan membantu kami di akhirat sana..love u.