Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 20 March 2013

La Tahzan...

Assalam....

La tahzan.. Jangan bersedih. Rentetan daripada peristiwa suami kena bertugas di negeri bawah bayu itu. Dalam berkira-kira mengira bilakah kepulangan DH,perbualan yang mula2 gembira akhirnya berubah duka bila DH kata kemungkinan kena sambung 5 bulan lagi,air mata pun turun dengan lajunya membasahi pipi, tau je la aku ni...terlalu sensitif,mudah sangat pundi air mata tu merembeskan manik jernihnya itu (hehe,puitis pulak bahasaku awal2 pagi ni). terus give up utk teruskan TTC. Rasa mcm nk campak je semua suplement2 yang aku ambik tu,rasa cam xberguna. Mampukah aku bertahan tanpa dia di sisi dalam tempoh yg begitu lama. dah la jarang2 dapat jumpa,kali ini diuji lagi...beratnya ujian ini. Semoga Allah memelihara diriku dari pemikiran dan perbuatan yg tidak baik. Aku ingin mencari syurga Mu ya Allah, dan redha Mu kepadaku bergantung kepada redha zaujku. Semoga aku tetap setia menanti kepulanganmu zaujku...Jangan dpesongkan perasaan ini dari terus menyayangi dan mencintaimu. I LOVE U.

Tuesday 5 March 2013

Pencerobohan di Sabah.

Assalamualaikum..lama rasanya kutinggalkan blog. Agak malas akhir2 ini,apatah lagi rasa semacam berputus asa meneruskan ttc,andai ada rezeki,pastinya akan kunjung jua suatu hari nanti.

Isu semasa yang menggemparkan bumi Malaysia khususnya di Sabah..pencerobohan Kerajaan Sulu di Lahad Datu dan Semporna. My DH pun terlibat sama menyertai misi mengembalikan keamanan di negeri bawah bayu itu. Risau dan bermacam perasaan kufikirkan....bagi DH dia seronok menggalas amanah yang dipikul.Dia yang memilih kerjaya itu,seharusnya dia telah memikirkan pengorbanan yang perlu dilakukan dan aku sebagai wify perlu menerima hakikat itu.

Hanya doa mampu kutitipkan semoga DH dan semua anggota keselamatan dalam lindungan Allah.