There was an error in this gadget

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 29 April 2014

harapan umi walid :)

Memasuki trimester ke 2...syukur alhamdulillah anakanda mbesar dgn smpurna..teruja sgt apabila lihat anakanda yg xreti dok diam. Besarnya kekuasaanMu ya Allah..ada nyawa dlm rahimku yg xpernah ku terfikir bilakah rezeki ini akan tiba...engkau utuskan si kecil ini pada saat2 yg tidak kusangka. Di hari ulang tahun kelahiran yang ke 34 dan in sha allah bakal lahir pada ulang tahun ke 5 umi dan walid. Sungguh inilah hadiah paling bermakna dalam hidup umi.
Anak...umi bersyukur sepanjang mengandungkanmu...kamu seakan mengerti kepayahan umi yg berjauhan walid..tidak pernah sesekali membebankan umi dengan alahan yang teruk,mengada2 minta makan itu ini malah kamu terus membesar tanpa menjejaskan kesihatan umi...terima kasih ya Allah. Mungkin kamu tahu walidmu pejuang negara tidak banyak masa untuk menemani umi membesarkan kamu...dan mungkin umi akan keseorangan tanpa ditemani walid menyambut kelahiranmu nanti...tapi itu tidak bermakna walid tidak menyayangi kamu sayang...biarlah walidmu menggalas tanggungjawabnya pada negara dan mencari rezeki utk kita. Umi tahu anak umi bijak dan anak soleh@solehah....sentiasa menyenangkan umi dan walid.

Kamu permata hati umi walid hadiah paling berharga daripada pencipta seluruh alam...bukan milik kami cuma dipinjamkan untuk kami didik sebagai khalifah yang akan mendoakan dan membantu kami di akhirat sana..love u.

No comments: