Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 29 January 2014

Memorable and priceless thursday :)

Alhamdulillah…30.1.2014,kali kedua UPT  positive. Bermacam perasaan,tidak dapat digambarkan. Kegembiraan ,kerisauan bercampur menjadi satu. Pengalaman lalu menjadikan umi terlalu takut sayang … takut akan kehilangan kali kedua. Umi xsanggup untuk kehilangan lagi…kesedihan walid walaupun walid tidak menggambarkan.
Kesukaran mendapatkanmu sayang..membuatkan umi begitu menghargai kehadiranmu dan kerana lambat hadirmu membuatkan umi makin dekat pada Pencipta kita . Sepanjang ramadhan lalu umi tidak pernah ketinggalan untuk bersolat hajat dan tarawikh memohon dihadirkan dirimu dalam rahim umi, sehingga ke hari ini umi sentiasa solat dhuha,hajat dan tahajud memohon diberi anugerah terindah pengikat kasih sayang antara umi dan walid…menjadi penyelamat kami di akhirat sana, anak yang soleh dan solehah. 
Lima tahun menunggumu sayang….terlalu banyak kata cacian yang terpaksa umi hadap. Tapi umi yakin satu hari nanti..ALLAH akan hadirkan pelangi indah dalam hidup umi dan walid. Umi bersyukur sangat dengan kehadiranmu sayang.
9 bulan perjalananmu di dalam rahim umi bukanlah masa yang singkat sayang…banyak kemungkinan yang akan berlaku…Hanya padaNya umi minta perlindungan..memeliharamu dengan baik di dalam rahim umi. Lagi 7 bulan perjalanan,semoga anakanda selamat dilahirkan.
Anak Umi dan Walid…..jadi anak yang baik tau, membesar dalam rahim umi dengan sempurna.Umi dan Walid xsbar menanti kehadiran kalian J
Terima kasih kepada walid sentiasa sabar layan karenah umi….setia dan sayang umi walaupun lambat lahirkan zuriat untuk walid…umi tau walid terlalu mengharapkan kalian tapi walid sentiasa yakinkan umi minta umi sentiasa berdoa supaya ada rezeki kami…kadang-kadang umi rasa rendah diri dan paksa walid tinggalkan umi dan kahwin lagi tapi walid tetap dengan pendiriannya….akan terus menunggu kalian dan akan sentiasa bersama umi. (semoga kalian juga mempunyai keperibadian seperti walid) Sayang abang@walid J. Terima kasih juga pada Nenda kalian yang sentiasa berusaha untuk dapatkan kalian walaupun kadang2 umi jadi kurang ajar sebab umi xsanggup dengar kekurangan umi….Jangan tiru perangai buruk umi ya sayang.  Salam sayang……seronok tengok walid hari ni senyum je,semoga keceriaan walid tu berpanjangan dengan kehadiran kalian :


Wednesday 15 January 2014

JIWANG CKIT :)

BUAT SUAMIKU

Angin malam...
sampaikan salam rinduku ini pada zaujku...
lenanya sentiasa bersamaku

Abang..
terima kasih , terima kasih
dan terima kasih
dengan kasih sayang yang tidak pernah terhijab 
tidak pernah berbahagi
walau bermacam karenah saya lontarkan
dengan rasa sabar abang biarkan 
tidak pernah sekalipun abang memudarkan
kasih sayang itu

Abang...
terima kasih sudi menjadi imam saya
menjadi pendengar setia
menjadi penglipurlara
dalam meniti kehidupan yang singkat
dalam dunia yang makin tua ini..
Semoga abang juga menjadi peneman saya di alam sana..

Abang...
maafkan saya kerana masih gagal untuk menjadi pendamping setia
tuntutan tanggungjawab meneruskan kelangsungan hidup
semoga satu hari nanti ada rezeki untuk kita 
melayari rumahtangga yang bermakna 
sentiasa di sisi abang menguruskan 
segala tanggungjawab yang selayaknya
di pegang oleh seorang isteri...

Abang..
maafkan saya masih lagi gagal
menjadi ibu untuk anak2 abang
hmmm...betul ke saya merelakan andai abang ada pilihan?
sebaris kata yang sentiasa saya suarakan di saat saya rasa
kekurangan diri....."abang kawen lagi"
dan saya tahu prinsip abang..
"cukup satu cinta andai tidak dikhianati"
apa lagi yang saya inginkan...

Abang....
Dia yang sentiasa mengajarku erti nikmat 
bersyukur dengan banyak yang dimiliki
jangan menangisi dan memandang satu kekurangan
ajari aku tentang pengharapan kepadaNYA
berdoa tanpa jemu..
belajar erti redha

Abang...
pernah saya suarakan
andai kita memang ditakdirkan tidak mampu 
ada zuriat dan keturunan
siapa yang akan menjaga kita di usia tua
mendoakan kesejahteraan kita di alam sana
berbuat baik untuk kita
siapa?
tenangnya tutur abang...
andai itu takdirnya 
kita redha...hidup berdua 
berbuat baik dan bersedekah
isteri abang seorang guru
punyai beribu murid
dan mungkin ada di antara mereka
yang sentiasa mendoakan kita..

Abang...
semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati
dan kasih sayang kita bertaut utuh
BARAKALLAH..
dan selagi jasad di kandung badan 
isterimu ini akan sentiasa berdoa 
semoga kasih sayang kita
hingga ke syurga...
LOVE YOU...