Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 29 October 2012

MMMMUAHHHHHH, AHAKS


MAKBULKAN YA ALLAH

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran, Ayat 38)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hari ni dh hari ke-21 period yg masih lg bersisa,(atau dgn kata lain istihadah). Puas dh p klinik,telan ubat... msih sama camtu jgk. kdg2 rasa kecewa dan putus harapan kerana usaha hanya sia-sia. Ampunkan hamba Mu ya Allah. berkurung seorang diri di bilik lg mbuatkan aku stress dan air mata pun mgalir laju. mesej mrH, dlm keadaan tertekan minta dia cari pengganti diri, rasa rendah diri kerana gagal melaksanakan tanggungjawab.. Alhamdulillah, ada hikmahnya dia redha apapun yg berlaku ke atasku..aku tidak akn ditinggalkan, terima kasih sayang klau fauziah ada abilfikri(blog yg sllu kubc sbg 'silent reader'), aku juga ada en N..... .teringat lg sewaktu bercuti di kuantan 2hari lepas, terima kasih abang...aku sentiasa di ingtan dia selepas mak dan ayah( bguslah...aku xminta dia abaikan kedua ibubapanya kerana syurganya adalah kerdhaan kedua ibu bapa,aku sayang dia,manakan aku sanggup melihat dia menanggung kemurkaan Allah). Semoga ada rezeki kami untuk tinggal sebumbung.....menanti saat itu.

Thursday 25 October 2012

AIDIL ADHA 1433 H.

Alhamdulillah...tahun ni dua2 raya dapat raya bersama en Abi,cuma masih berdua. Hmmmmm, sedih kan.... orang lain seronok beraya bersama anak2 dan suami tapi kami masih belum berpeluang..... pujuklah hati sendiri supaya redha dengan segala ketentuanNya. Allah uji kami kerana Dia tahu kami mampu hadapi ujian itu...mampukah aku? sentiasa berendam air mata memikirkannya.... Cakap pasal raya aidil adha..aidil adha adalah pengorbanan.. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk teruskan pengorbanan memilikimu zuriatku.... He..tp berita gembira hari ni,untuk hiburkan hati.... S3 idaman jadi milikku :)

Sunday 21 October 2012

APA2 JE LA(ORG KURANG IDEA,SO XTAU NAK HIGHLIGHT)

huhu..hari moddy,mcm xnk ckp ngn org sekeliling je. Manakan tidak,makcik p dh berkunjung dkt2 15 ari dh, xreti2nk balik. xlarat dh tukar pad. risau je..ajak MDH p klnik,p bawa jumpa tabib,huhu..sx cina daa..aku pun konfius nk mkn ubt tu. xbleh jd ni,aku kna gak wat pemeriksaan pakar,utk kenalpasti apa penyakit. Apa yg aku terasa sgt..makcik p yg lama2 ni wat aku jd serba salah,kesian En MDH....(ehemmm,org2 yg dh kawin je faham,haha). terlintas gak suruh en MDH kawin lg....tp tu sekadar ujian je.. nasib jawab xnak,klu dia nak xke naya aku..tp aku redha andai itu pilihnnya. Dia berhak utk dapat zuriat. Bila tgk je kwn yg mngndung hati jd sayu,bila la turn aku ni? Hanya mampu berdoa.. 


Thursday 18 October 2012

ALHAMDULILLAH...REZEKI

Hehehe......suspen kan tajuk kt atas tu. mesti u all ingat rezeki preggy. hmmm,masih blum lg, napelah liat sgt sperms ni nk jumpa telur. sedih n jeles sgt bila dgr berita2 org2 di sekeliling preggy, rasa  tak adil plak aku dihukum camni..tp bila dikenang kembali rezeki lain yang Allah kurniakan,malaikat menyedarkan supaya aku bersyukur. Ampunilah hamba Mu ini Ya Allah atas kekhilafan ini. Jauhilah aku dari sifat berprasangka buruk.  Sesungguhnya aku diuji...kerana Engkau menyayangiku supaya sentiasa dekat pada MU,merintih meminta dengan MU. Rezeki tu ialah dengan kenaikan pangkat....dptla tunggakan sikit. Alhamdulillah..insya ALLAH rezeki itu akan dikongsi bersama mak ayah,suami dan anak-anak yatim. Smga aku dikurniakan rezeki yg satu itu. PERMATA HATI zuriat dari hubungan kasih syang kami suami isteri.  Smga Allah memperkenan doa kami.

Tuesday 16 October 2012

PIALA MALAYSIA ~ ATM VS TRW

BOLABOLABOLA, TRW lh juara,GOMO KELATE GOMO... Demam Piala Malaysia 2012 la. TRW vs ATM. Alala..yg mana satu nk sokong ni,en hubby mesti la sokong ATM, aku plak mesti la kna sokong TRW,tanah tumpah darahku la kan...haha. nasib 21hb.10 ni cuti,jom kita layan depan tv...agak2 sape menang haa? Jgn la TRW yg kalah,xpasai aku kna ngn laki tu.....mcm2 la aku kna kutuk,bakar stadium la...hu,panas telinga dibuatnya(supporters pun jgn la emo sgt,bertindak dgn kewarasanla..jg tatasusila kita org timur..haha). aku snarnya bukan kisah sgt pasai bola ni..tp bila lawan ATM aku kna bersemngt la.klu x..malu la nanti.xpasai laki bini gaduh(tp kami gaduh manja ja)...hehehe. 

Saturday 13 October 2012

PJJ

hmmm...rasa bosan dah,dok berulang alik setiap minggu sepanjang kawen ni. letihla,asyik-asyik aku yg kena balik. sampai bila la nk bterusan camni. Mungkin ni gak sebab susah TTC kot. Nk usaha pun rasa xguna jga, waktu subur byk yg miss. huhu...sekarang ni cam malas dh. serahkan segalanya pdnya.,

Tuesday 2 October 2012

Tonsil oh Tonsil....

N3 kali ni nk bercerita pasal tonsil..aduh sakitnya, perit mcm2 dugaan dlm hidupku..tapi sebagai hambaNYA  kita kna pk positif,berdosa kita sebagai hamba NYA kalau sering menyalahkan ujian yang diterima. Bukan kesakitan itu penghapus dosa2 kecil? So...terimalah dugaan itu dengan tenang selain berusaha untuk berikhtiar untuk menyembuhkannya..tapi perit jg la nk mgajar. anak2 murid ku, dengar apa yg cikgu ckp sebab cikgu xbleh nak jerit kuat-kuat mcm slalu :)

LUMIGLOW ~Dengan IzinNYA, INSYA ALLAH

ni lah lumiglow tu.....dh masuk botol ke-2, harap sgt ada berita gmbira  pas ni
Alhamdulillah...selepas 3 minggu menggunakan LUMIGLOW(krim penggalak kehamilan) nmpaknya ada tanda2 positif. Mudah-mudahan ada la rezekiku lepas ni. bercerita pasal LUMIGLOW ni, pada mulanya aku memang dh berputus asa, apatah lagi dengan keguguran lepas. Apa taknya, lepas dua tahun bru aku positif mengandung, gembiranya Tuhan saja yang tau. Berkali-kali buat sujud syukur. tp kegembiraan tu xlma, doktor sahkan janin x berkembang(blasted ovum)....down sgt masa tu, asyik berkurung je dlm bilik. 2 minggu jgk lh. Alhamdulillah, akhirnya aku bljar untuk redha dan fikir positif, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..barulah rasa tenang. Terima kasih suamiku..sokonganmu amat bermakna untukku. I LOVE U, LALINK.