Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 17 January 2013

Segalanya telah tertulis..

Hmm..sebenarnya post ni cerita lama, saja ingin aku coretkan di sini supaya aku tidak aku lupa sampai bila-bila pun kenangan ini...terima kasih Ya Allah, memberi kenikmatan merasai pengalaman preggy walaupun cuma seketika. Ni kesan terbelek tepon lama...sejak beli S3 ari tu, C3 aku bg kat mak..saja belek2 tepon mak,jumpa la nota perjalanan aku ini,

03:29am, Fri 17-02-2012, alhamdulillah...akhirnya, berakhir jg penantian slama lebih kurang 3 tahun 5 bulan utk menjadi ibu. Aku berdoa pada Mu Ya Allah,smga smuanya berjalan lancar.




10:15am, Thu 15-03-2012. Nikmat itu hy sektika,aku rdha ya allah,krna engkau lbih mgthui apa yg tbaik utk hmbaMu...berilh aku kkuatn utk lalui smua ini. Smga masih ada lagi pluang.

Mon 26-03-2012, slpas 3 bulan.akhirnya Naufal tinggalkn umi...sdih sgt dh besar rupanya tp sgalanya di luar kmampuan umi yg tiba2 pkmbgn terhenti. Umi sayang sgt Naufal..tp Allah lbih myayangi Naufal, mbesar dlm rahim umi xlama,ampunkan umi sayng....

He..walaupun aku tak tau jantina kerana janin tidak berkembang dan hy berusia 10 minggu tapi sebelum tu mak mimpi aku dapat anak lelaki..gatal je siap bagi nama.. Ahmad Naufal- yang terpuji, dermawan.

Monday 14 January 2013

Harapan ~

Hi..salam.rasanya sudah lama tidak ku update blog yg xseberapa ini...tiada berita menarik untuk dikongsikan,tambah2 lagi permulaan masa yang sibuk sudah bermula setelah 2 bulan bercuti penuh..haha,orang mesti kata,"ala,cikgu..untungla gaji banyak,cuti pun banyak,makan gaji buta jer" sering diperkatakan...bagi aku terpulanglah apa orang nk kata, yang penting kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu ikhlas kerana Allah,membentuk jati diri dan ilmuan agama, bangsa dan negara. Chewwah...kadang2 ada jg datang perasaan malas tp kita kna lawan agar rezeki yang kita perolehi itu diberkati. Alamak,jadi ustazah plak!Hmm,selepas dua bulan xbertemu, ramai yang datang dengan membawa berita gembira...mengandung lagi. dah rezeki mereka, suka dalam duka...rezeki ku juga yang masih belum kunjung tiba. harapan di tahun 2013. Insya Allah.

Tuesday 1 January 2013

tahun baru..

hhari  pertama sessi 2013.hm...malaskn maklum setelah bercuti lama.tp ini tggingjawabku,rezekiku...ikhlas kerana Allah.mudah2n rezeki yg diperoleh ini diberkati...paling utama terpaksa berhujung minggu je ngan suami..sedihnya bila la kami dapat dok sama . menjalankan tggungjawab yg sempurna sebagai isteri...