There was an error in this gadget

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 8 June 2014

3m+++ to go :)

Keterujaan umi untuk menyambutmu anakanda tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lg kami ibu bapamu terpaksa menunggu 5 tahun...rezeki yg Allah aturkan untuk menguji kesabaran umi dan walid...alhamdulillah,besarnya hikmah yg tersirat..kasih sayang walid yg tidak pernah berubah,umi beruntung. Rezeki lain yang melimpah ruah..

Anakanda kesayangan umi dan walid...membesarlah dengan sihat dan sempurna dlm rahim umi..Risau tgk perut kecik walaupun dh 6 bulan. Adakah ini adalah kifarah atas kekhilafan umi yg dulu selalu cakap..huhu..mcmana nk cover perut membulat bila ke kelas..malu dengan renungan pelajar lelaki..harap ilmulah yg mereka terima daripada umi bukannya mengimaginasi keadaan umi yg semuanya membesar bagai juara..huhu. membesarlah anakanda dengan sihat...tp sepanjang pemeriksaan kesihatan xde pulak nurse atau doktor cakap apa2..maksudnya anak umi dlm keadaan sihat..xsabar nk scan lagi.

Hmm...semalam umi dan walid p shopping :) excited giler umi tgk baju2 baby...tp yg seronoknya walid yg pilih semua baju2 tu..nanti bila anakanda keluar ,xkekok walid nk beli. Hehe... pagi ni umi dh siap dobi semua baju2 tu. Kami terpaksa shopping awal sebab kurang 3 minggu lagi walid terpaksa mengikuti operasi ke sabah :'( sedihnya...kemungkinan umi akan keseorangan menyambut kelahiranmu anakanda..andai ada rezeki walid dpt balik awal sebab walid dh maklumkn EDD umi.. xpelh,walaupun tanpa walid...umi sentiasa minta doa supaya dipermudahkan kelahiranmu walau di mana pun dan anakanda dilahirkan sihat dan sempurna. Inilah situasi yg perlu dihadapi oleh mana2 isteri dan anak2 kakitgn ATM.. perlu berdikari dan bersedia ditinggalkn apabila dikerah untuk menjalankan tugas. Inilah pengorbanan....

Anakanda sehingga ke saat catatan ini ditulis...galaknya kamu bergerak2 dlm rahim umi...umi bersyukur.itu tanda yg anak umi sihat dan aktif. Sabar tau..lagi 3 bulan lebih kita jumpa.

salam sayang..
umi



No comments: