Perkongsian rasa yang terlalu mengharap hadirnya zuriat pengikat kasih sayang rumahtangga kami di samping mengisi ruang kesunyian dan jika ditakdirkan Allah anak itu hadir sebagai penyeri hidup kami, semoga beliau tahu bahawa ummi dan walid teruja memilikinya. Akan kami didik dengan penuh rasa kasih sayang dan berlandaskan agama. Andai tidak diberi kesempatan, smga Allah menjadikan kami redha dan tidak berputus asa berusaha...
Wednesday 19 February 2014
Trimester 1- 8w :)
Biarlah apa orang kata...tapi hanya aku yang menanggung. Kehamilan kosong 2012 memang benar-benar menghantui aku pada kehamilan kali ini. Menunggu kemunculan heartbeat dan pembentukan janin adalah saat yang benar-benar aku tunggu dengan penuh rasa gelisah. Namun aku amat yakin dan terus berdoa memohon kepadaNya. Alhamdulillah....selepas scan pada ahad lepas(16/2/2014) terdengar bunyi lembut jantung berdetak...memang mengujakan. Sujud syukur padaMu ya Allah. xsabar untuk scan 2 minggu lagi....perkembangan seterusnya kunantikan :) Anak umi dan walid kuat...teruskan perjuanganmu sayang untuk membesar dengan sempurna sementara umi tidak akan putus berdoa..kerana segala adalah dengan izinNya :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tahniah dear! Smg baby membesar dgn baik dan selamat dilahirkan menjadi anak yg soleh/solehah...amin...
Tq..atas doa :)
Post a Comment