There was an error in this gadget

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 12 May 2013

Aku yang diuji


Aku yang diuji….
Kenapa aku,kenapa tidak orang lain? Berdosakah aku mempersoalkan kehendakNYA yang ditakdirkan ke atas aku? Walau sedaya mana pun aku pujuk diri untuk redha atas segala musibah ini….keimananku masih belum kuat untuk menerima hakikat. Setiap saat air mata jua peneman  setia..sering ditinggalkan kerana tugas,masalah haid yang banyak dan berpanjangan hampir 13 tahun, gagal melahirkan zuriat buat suami, berjumpa suami hanya di hujung minggu….hanyalah secebis dugaan bagi orang yang benar-benar beriman tapi aku tidak berdaya melaluinya…masih tipiskah keimananku pada MU ya Rabb?.
Semakin berusaha untuk aku melupakan semakin kerap perasaan itu menyerang. Aku gagal melaksanakan tanggungjawab batin yang sempurna untuk seorang suami….. Setiap malam perasaan ini menghantui yang kesudahan air mata membasahi. Aku tidak berguna ,aku menyusahkan, aku membebankan….
Suamiku….saya sentiasa redha andai abang ada pilihan supaya hidupmu berzuriat dan tanggungjawab batinmu tertunai. Bukan aku tidak berusaha untuk mengubati sakit ini,sehingga kini masih belum kutemui penawarnya… Aku berputus asa, redha andai ajal segera menjemput supaya aku tidak menyusahkan dan membebankan abang dan keluarga….
Suamiku…..abang adalah yang terbaik kurniaan Allah kepadaku. Abang terlalu memahami, menyayangi dan menerimaku seadanya sebagaimana aku…sentiasa sabar melayani karenahku dan keluhanku.  Kerana kebaikan itu,aku teramat rasa bersalah walaupun aku tahu semua itu bukan boleh aku kawalatur.
Suamiku..setiap kali aku bagitau yang diri ini sentiasa tidak sihat…hanya satu jawapanmu…nanti sihat la tu. Setiap kali itu juga air mata ini menitis.
Sesetengah orang beranggapan,mungkin hidupku sempurna…mempunyai pekerjaan yang baik dan suami yang penyayang. Pandanglah pada nikmat itu,ramai lagi yang lebih derita daripadaku. Memang andai aku pandang pada yang kurang,aku bernasib baik,andai pada yang lebih,aku kurang baik. Kenapa aku tidak jadi seperti mereka…mempunyai anak yang ramai,rezeki yang murah dan suami yang penyayang. 

No comments: