Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 6 February 2013

Usaha, Doa dan Tawakkal

Ini sebahagian produk2 yang aku ambik demi mendapat zuriat....Pantang apa sahaja yang org sebut,pasti nk mencuba. tapi seperti kata dr hamid...tiada suatu pun usaha yang dapat menjamin seseorang itu mengandung tanpa izin Allah. Berpegang pada prinsip itulah aku berdoa supaya aku tidak akan pernah berputus asa berusaha dan terus berdoa agar ada zuriat untuk kami suatu hari nanti :) Terima kasih kawan2 ICTRBA - facebook. berkongsi pengalaman dan luahan rasa mereka yang senasib memberi aku semangat,sekurang2nya mengubat kekecewaan tatkala setiap kali mendengar kawan sekeliling membicarakan tentang "pregnancy,confinement and their kids" . bukan cemburu tetapi sedih kerana belum berpeluang merasai pengalaman itu. selebihnya,aku senang menjarakkan diri dari situasi itu, tak sanggup menjeruk rasa. 


inilah sebahagian daripada usahaku..smga Allah membalasnya dengan kerahmatan dan mengurniakan kami zuriat terindah. Betul kata-kata kawan2 yang sama2 ber'ttc', kita sanggup berkorban wang ringgit dan perasaan...selagi termampu kita berusaha dan Allah tahu bahawa kita mampulah maka kita diuji.... Sem0ga ganjaran yang hebat juga menanti kami. 



No comments: